Pembiayaan Borong

Inisiatif Kewangan Swasta

Kami menawarkan penyelesaian kewangan menyeluruh dan skim pembiayaan khas untuk pelabur sektor swasta dalam menyiapkan projek Inisiatif Kewangan Swasta (PFI) yang dianugerahkn oleh kerajaan.

Inisiatif Kewangan Swasta (PFI)adalah satu bentuk perkongsian Awam-Swasta (PPP) yang ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan swasta dalam projek pembangunan tempatan dan untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam menyediakan insfrastruktur dan perkhidmatan awam.

Perniagaan Berstruktur

Kami menawarkan pembiayaan sederhana hingga jangka masa panjang di mana pertimbangan akan berdasarkan gabungan daya maju projek yang akan dilaksanakan serta kekuatan kewangan promoter.

Di bawah Perniagaan Berstruktur, kami menyediakan bantuan kewangan pelbagai strategi dan penyelesaian modal yang sesuai. Dalam memenuhi keperluan pembiayaan khusus pelanggan dan keperluan perniagaan, kewangan berstruktur boleh dipakej dalam struktur pembiayaan pelbagai dan fleksibel.

PERTANYAAN