Skim Cakna

Skim CAKNA telah dilancarkan pada 1 March 2021 hasil daripada kerjasama Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan beberapa Institusi Kewangan terpilih dengan matlamat utama membantu kedudukan aliran tunai Syarikat Pembekal/Perusahaan Kecil & Sederhana (SME) (“Syarikat”) yang terjejas teruk ketika mendepani krisis Covid-19.

Skim ini menyasarkan Syarikat yang dianugerahkan kontrak bekalan atau perkhidmatan oleh Kerajaan Persekutuan khusus bagi Kementerian berikut:

  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)
  • Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)

Model Cakna

Sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan membantu Syarikat yang terjejas, MBSB Bank sebagai salah satu bank yang terpilih untuk Skim Cakna akan berusaha membantu Syarikat yang terkesan dengan situasi pandemik ini, terutama kepada Syarikat yang telah dianugerahkan kontrak bekalan dan perkhidmatan Kerajaan Persekutuan untuk tahun 2021.

Struktur transaksi Skim Cakna adalah seperti berikut:

  • Perjanjian Tripartite yang melibatkan Syarikat, Bank and Kementerian yang terlibat (seperti di atas).
  • Penjualan invois bekalan/perkhidmatan oleh Syarikat kepada Bank. Penjualan ini tidak akan memberi kesan kepada tahap keberhutangan oleh Syarikat kerana ia dilakukan secara jualan terus oleh pihak Bank ke atas invois tersebut.
  • Pemindahan hak kepada bayaran invois tesebut kepada pihak Bank melalui “Surat Ikatan Penyerahan Hak” (Deed of Assignment) yang ditandatangani oleh Syarikat, Bank and Kementerian yang terlibat.

Kelebihan Skim Cakna

  1. Kecairan Tunai Dengan Pantas

    Ia merupakan bentu pendanaan alternative bagi membantu Syarikat mengawal atau menyelesaikan isu aliran tunai perniagaan melalui penjualan invois bekalan/perkhidmatan Kerajaan Persekutuan kepada pihak Bank.

  2. Tiada Rekursa

    Bank tidak mempunyai rekursa kepada Syarikat dan tiada impak ke atas tahap keberhutangannya. Ini akan memberikan Syarikat lebih ruang untuk membuat pinjaman pada masa yang akan datang.

    * Tiada rekursa bermaksud Bank akan hanya menerima bayaran daripada Kerajaan/Kementerian melainkan keadaan sebaliknya yang diterangkan di dalam perjanjian.

  3. Kadar Pendanaan Kompetitif

    Syarikat berpeluang mendapatkan kadar pendanaan yang kompetitif sehingga 5%.

  4. Pendanaan Sehingga 100% Nilai Invois

    Marjin pendanaan sehingga 100% nilai invois. (setelah semua caj ditolak)

    Syarikat perlu menurut kesemua terma dan syarat sepertimana yang termaktub di dalam Surat Setuju Terima (SST) atau Kontrak oleh Kerajaan Persekutuan.

  5. Kelulusan Pantas

    Keulusan oleh pihak Bank dalam tempoh 10 hari bekerja

  6. Tiada Cagaran

    Tiada cagaran yang diperlukan dalam Skim ini.

Untuk Maklumat Lanjut

Anda boleh menghubungi mana-mana kakitangan kami di bawah:

Nama Kakitangan No. Telefon
Nik Mohammad Hardian bin Nik Ahmad 011-23285558
Md Zulkefle bin Idris 012-9272642
Muhammad Luqman Bin Alias 011-28819576
Muhammad Ariff Bin Saifuldin 019-7752894

E-mel: clientcoverage@mbsbbank.com

 

Helaian Pendedahan Produk

Risalah