Langkau ke kandungan utama

Pembiayaan Hartanah-i

Ketahui tentang pakej pembiayaan hartanah patuh Syariah kami dan biarkan kami membantu mengejar rumah impian anda dengan penuh ketenangan.

Kadar pembiayaan yang Kompetitif
Layak untuk pelbagai jenis hartanah kediaman dan hartanah komersial – sama ada unit yang siap dibina atau sedang dalam pembinaan
Margin pembiayaan yang tinggi
Pembiayaan Takaful Gadai Janji Berkurangan (MRTT) dan fi guaman
Perlindungan Takaful yang fleksibel; MRTT dan/atau pemindahan Takaful Keluarga
Kelulusan yang cepat
Tiada caj penyelesaian awal
Tiada kompaun keuntungan dan caj lain
Pembayaran pembiayaan melalui mana-mana cawangan Bank di seluruh negara, pembayaran elektronik iaitu Interbank GIRO/Pemindahan Segera atau arahan tetap/auto debit dari bank masing-masing
Bagi tujuan pendedahan, kadar pembiayaan efektif indikatif untuk pembiayaan perumahan standard dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM350,000 selama 30 tahun tanpa tempoh terikat adalah 4.45%.

Pakej-pakej

Pembiayaan Kediaman

Skim Rumah Pertamaku-i - SJKP MADANI

Kemudahan pembiayaan rumah yang dibangunkan bertujuan membantu pelanggan yang berpendapatan tidak tetap dan pelanggan yang berpendapatan tetap terpilih dalam mendapatkan pembiayaan untuk pembelian hartanah sehingga 120% atau RM360,000 bagi tujuan pemilikan sendiri.

Pembiayaan Rumah Standard-i

Kemudahan pembiayaan rumah untuk membeli hartanah kediaman dengan jumlah pembiayaan di bawah RM500,000.

Pembiayaan Rumah Ultimate-i

Kemudahan pembiayaan rumah untuk membeli hartanah kediaman dengan jumlah pembiayaan RM500,000 ke atas.

Skim Rumah Pertamaku-i

Kemudahan pembiayaan rumah yang menawarkan margin pembiayaan yang tinggi untuk pembeli rumah pertama kali untuk membeli hartanah kediaman dengan nilai RM100,000 - RM500,000.

Skim Rumah Pertamaku-i – Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (MFHS-SJKP)

Kemudahan pembiayaan rumah ditawarkan kepada pelanggan yang berpendapatan tidak tetap dan juga pelanggan berpendapatan tetap tertentu untuk pembelian hartanah dengan nilai minimum RM100,000 ke atas untuk kediaman sendiri.

Pembiayaan Komersial

Pembiayaan Rumah Standard-i

Kemudahan pembiayaan untuk membeli hartanah komersial dengan jumlah pembiayaan di bawah RM500,000.

Pembiayaan Rumah Ultimate-i

Kemudahan pembiayaan untuk membeli hartanah komersial dengan jumlah pembiayaan RM500,000 dan ke atas.

Kalkulator Pembiayaan Hartanah-i

Berapa banyak yang perlu anda bayar untuk Pembiayaan Hartanah-i anda? Lengkapkan jadualmasi di bawah untuk menentukan ansuran bulanan bagi Pembiayaan Hartanah-i anda.

*Sila ambil perhatian bahawa anda tidak perlu menggunakan koma (contoh: taip 100000 dan bukan 100,000)

Kadar Asas Standard Semasa (KAS) = 3.00%

Penafian: MBSB Bank tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa ketidaktepatan dan ketinggalan di laman webnya, dan apa-apa keputusan yang dibuat oleh pengguna berdasarkan maklumat yang terdapat pada laman web MBSB Bank adalah tanggungjawab orang yang berkenaan.

Dokumen yang diperlukan

Pemohon Bergaji
Salinan Kad Pengenalan/ Pasport dan Permit Kerja (untuk yang bukan pemastautin)
Borang BE terkini dan Resit Cukai/ Borang EA
Penyata Akaun Simpanan/Semasa untuk 3 bulan terkini (gaji dikreditkan).
Slip gaji 3 bulan yang terkini.
Surat Penggajian
Kenyataan KWSP terkini
Perjanjian Jual Beli

Pemohon Bekerja Sendiri
Salinan Kad Pengenalan/ Pasport untuk pemohon/ Pengarah
Pendaftaran Perniagaan/ Borang 9,24,49, B&D/M&A
Borang B terkini dan Resit Cukai
Penyata Akaun Semasa untuk 6 bulan terkini (Syarikat dan Peribadi)
3 tahun terkini Akaun P & L / Diaudit / Pengurusan Akaun
Perjanjian Jual Beli

Muat Turun Dokumen

Templat Dokumen Sekuriti

Item Dokumen
PRODUK PEMBIAYAAN HARTANAH-i KOMODITI MURABAHAH - KONSEP DAN STRUKTUR Muat Turun
DOKUMEN PEMBIAYAAN HARTANAH-i - TAWARRUQ Tekan disini
SURAT STANDARD - HF4, HF5 DAN HF7 Tekan disini
NOTIS FI PELAKSANAAN Muat Turun
DOKUMEN PEMBIAYAAN-i - BBA Tekan disini
PENYATA PENEBUSAN Tekan disini
PENYEMPURNAAN GADAIAN Tekan disini