Akaun ini membolehkan pelanggan meletakkan wang mereka di bawah konsep Syariah wakalah bi al-istithmar (kontrak agensi untuk pelaburan) untuk dilaburkan ke dalam portfolio Bank yang sedia ada iaitu Pembiayaan Peribadi-i.
Pulangan (jika ada) yang dihasilkan dari pelaburan akan diedarkan pada masa matang atau secara berkala.
Akaun Pelaburan ini tidak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).
Nota Penting:
Konsep Syariah
Wakalah bi al-istithmar
Jenis Pelaburan
Akaun pelaburan tidak terhad
Kriteria Kelayakan
Tempoh
Tempoh minima 1 hari sehingga maksima 60 bulan (5 tahun)
Pelaburan Minima
RM500,000 (Lima Ratus Ribu Ringgit Malaysia)
Ciri-ciri / Kelebihan
Aset pendasar | Portfolio Pembiayaan Peribadi-i |
Matawang | Ringgit Malaysia sahaja |
Kadar Keuntungan Dijangka (EPR) | Ditentukan awal sebagaimana yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak |
Kaedah pembayaran keuntungan | Keuntungan (jika ada) akan diagihkan setelah mencapai tempoh matang atau secara berkala |
Pembaharuan automatik | Akaun pelaburan akan diperbaharui secara automatik setelah tempoh penempatan dana pelaburan tamat, kecuali jika Pemegang Akaun Pelaburan membuat syarat-syarat tertentu. |
Pengeluaran sebahagian | Tidak dibenarkan |
Perlindungan PIDM | Tidak dilindungi oleh PIDM |
Kadar Keuntungan Dijangka
Tempoh | Kadar Keuntungan Dijangka (ROR) setahun (%) |
---|---|
Semalaman | 2.70 |
1 minggu | 2.75 |
2 minggu | 2.80 |
3 minggu | 2.85 |
1 bulan | 3.25 |
2 bulan | 3.30 |
3 bulan | 3.35 |
6 bulan | 3.45 |
9 bulan | 3.55 |
12 bulan | 3.65 |
15 bulan | 3.70 |
18 bulan | 3.75 |
24 bulan | 3.80 |
36 bulan | 3.85 |
48 bulan | 3.90 |
60 bulan | 4.15 |
Penafian
Pulangan bagi akaun pelaburan ini bergantung kepada prestasi aset diperuntukkan. Jumlah prinsipal dan pulangan tidak dijamin dan Pemegang Akaun Pelaburan (“IAH”) mempunyai risiko untuk tidak memperolehi sebarang pulangan. Jika pelaburan dicairkan sebelum tarikh matang, IAH mungkin mengalami kerugian pada sebahagian atau keseluruhan jumlah prinsipal yang dilaburkan. Akaun pelaburan ini tidak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia.
Muat Turun Dokumen
Lembaran Penjelasan Produk Terma dan Syarat Borang Permohonan Pembukaan Akaun Pelaburan-i (pelanggan baharu) Borang Permohonan Pembukaan Akaun Bagi Akaun Pelaburan-i (pelanggan sedia ada) Borang Pengakuan Bukan Pemastautin yang Menyelenggara / Menguruskan Akaun Ringgit di MalaysiaLaporan Prestasi Dana
Q3 2023 Q2 2023 Q1 2023 Q4 2022 Q3 2022 Q2 2022 Q1 2022 Q4 2021 Q3 2021 Q2 2021 Q1 2021