Pembiayaan Perdagangan-i

Lebarkan sayap perniagaan anda dengan produk pembiayaan perdagangan kami.

Surat Kredit
Bil-Bil Pungutan
Jaminan
Pembiayaan

Surat Kredit-i

Surat Kredit-i adalah akujanji yang tertulis oleh Bank, yang diberikan kepada Penjual atas permintaan dan arahan Pembeli / Pemohon, untuk membayar langsung atau pada masa depan yang boleh ditentukan sehingga jumlah wang yang dinyatakan dalam tempoh ditetapkan had masa dan terhadap dokumen yang ditetapkan yang mesti mematuhi terma dan syarat.

Helaian Pendedahan Produk

Pembiayaan Modal Kerja Tawarruq-i

Pembiayaan Modal Kerja Tawarruq-i adalah pembiayaan yang diberikan oleh Bank berdasarkan invois dan dokumen sokongan lain yang diberikan oleh Pelanggan. Ia adalah untuk membiayai pembelian atau penjualan barangan atau perkhidmatan.

Helaian Pendedahan Produk

Bil Kutipan Masuk-i

Bil Kutipan Masuk-i adalah pengendalian dokumen masuk yang diterima dari bank Penjual atau langsung dari Penjual untuk diserahkan kepada Pembeli / Pengimport untuk pembayaran terus atau penerimaan Bil Pertukaran untuk pembayaran pada masa depan.

Surat Kredit Masuk-i

Di bawah Surat Kredit Masuk-i, Bank memberikan khidmat nasihat kepada Penjual/Benefisiari sebagai ejen untuk mengendalikan dokumen Surat Kredit yang diterima dari pembeli mereka atau Bank Penerbit.

Bil Kutipan Keluar-i

Di bawah Bil Kutipan Keluar-i, setelah menerima arahan daripada Penjual/ Pengeksport, Bank akan mengendalikan dokumen-dokumen eksport yang dikemukakan oleh pengeksport untuk penyerahan seterusnya melalui bank untuk pembayaran dari Pembeli/ Pengimport.

Jaminan Bank-i

Jaminan Bank-i adalah suatu akujanji oleh Bank kepada Benefisiari yang dinamakan bagi jumlah yang disepakati, sekiranya berlaku kegagalan oleh pihak ketiga dalam memenuhi kewajibannya di bawah kontrak.

Helaian Pendedahan Produk

mtrade mobile

Muat Turun Dokumen

Hubungi Kami

Alamat Surat Menyurat
Level 2, Menara MBSB Bank,
PJ Sentral, Lot 12, 
Persiaran Barat, Seksyen 52,
46200 Petaling Jaya 
Selangor.

Nombor Telefon
03 2079 1000

Nombor Faks
03 2079 1177