Polisi Pemberian Maklumat
MBSB Bank

MBSB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai "Bank") berusaha memastikan urusan perniagaan dan operasi Bank dilaksanakan dengan profesional dan beretika. Mengikuti budaya pentadbiran korporat yang baik, pihak Bank telah melaksanakan Polisi Pemberian Maklumat sebagai satu saluran bagi mana-mana individu untuk melaporkan sebarang salah laku yang berkait dengan pihak Bank.

Siapakah yang boleh membuat pendedahan salah laku?

  • Pengarah atau Ahli Jawatankuasa Penasihat Shariah atau pekerja atau pekerja Bank atau pelatih Bank.
  • Mana-mana individu yang memberikan perkhidmatan atau mempunyai hubungan perniagaan dengan pihak Bank.

Bagi membolehkan pihak Bank melindungi Pemberi Maklumat dan untuk mengelakkan pendedahan salah laku yang palsu atau berniat jahat, surat layang dan salah guna saluran laporan ini, Pemberi Maklumat digalakkan untuk memberikan butiran peribadi serta maklumat kontak mereka. Kesemua laporan dan maklumat yang diberikan akan di klassifikasikan sebagai sulit dan atas dasar "perlu tahu" bagi membantu siasatan dan/atau mengambil tindakan yang sewajarnya, berikutan siasatan tersebut.

Pendedahan salah laku yang dilaporkan haruslah berdasarkan justifikasi yang kukuh bahawa maklumat yang diberikan atau dakwaan yang dibuat adalah dipercayai benar. Selain dari itu, Pemberi Maklumat juga harus memastikan bahawa pendedahan salah laku itu dibuat dengan jujur dan bukan untuk kepentingan peribadi atau didorong oleh niat jahat.

Pendedahan salah laku
Polisi ini adalah untuk memudahkan para pekerja Bank dan pihak luar untuk melaporkan sebarang salah laku menerusi saluran Pemberian Maklumat. Salah laku ini adalah termasuk:

  • Penipuan;
  • Rasuah;
  • Percanggahan Kepentingan;
  • Kecurian atau Penggelapan Wang atau Hartabenda;
  • Penyalahgunaan Harta Bank;
  • Pelanggaran Undang-undang Sivil dan / atau Jenayah;
  • Pelanggaran Dasar dan / atau Prosedur Bank;
  • Buli, Gangguan atau Gangguan Seksual.

Senarai di atas adalah tidak terhad dan boleh merangkumi sebarang tindakan lain, di mana sekiranya ianya terbukti, akan merupakan tindakan salah laku di bawah polisi Bank atau sebarang kesalahan sivil / jenayah di bawah undang-undang yang berkaitan dan yang berkuat kuasa.

Saluran Untuk Melapor

  • Borang Pemberian Maklumat online–Klik di sini untuk menghantar laporan anda secara elektronik. Laporan akan dihantar secara automatik kepada Pegawai Bank yang ditetapkan (Lihat Jadual Aduan dibawah).
  • Borang Pemberian Maklumat secara manual- Klik di sini untuk memuat turun. Pemberi maklumat hendaklah melengkapkan butiran salah laku yang didakwa seperti yang dikehendaki dalam borang tersebut dan menghantar kepada Pegawai Bank yang ditetapkan (Lihat Jadual Aduan dibawah) melalui e-mail ataupun surat. Sekiranya, laporan dihantar melalui surat, pemberi maklumat hendaklah memastikan surat tersebut hendaklah dimeterai dengan perkataan " Rahsia dan dibuka oleh PegawaiYang Dilantik sahaja" dan dihantar ke alamat di bawah

MBSB Bank Berhad,
Tingkat 25, Menara MBSB Bank, PJ Sentral
Lot 12, Persiaran Barat, Seksyen 52,
46200 Petaling Jaya, Selangor.

Jadual Aduan disalurkan kepada

No. Laporan Terhadap Pegawai Bank Yang Ditetapkan Alamat e-Mel
1. Pengerusi Lembaga Pengarah Audit MBSB Bank Pengerusi Lembaga Pengarah  whistleblowing2@mbsbbank.com
2.
  1. Pengerusi Lembaga Pengarah; 
  2. Ahli-ahli Lembaga Pengarah MBSB Bank (selain dari Pengerusi Lembaga Pengarah Audit MBSB Bank);
  3. Ahli Jawatankuasa Penasihat Shariah;
  4. Ketua Pegawai Eksekutif;
  5. Pekerja; atau
  6. Pelatih
Pengerusi Lembaga Pengarah Audit MBSB Bank whistleblowing1@mbsbbank.com
3. Pengerusi Lembaga Pengarah & Pengerusi Lembaga Pengarah Audit MBSB Bank Senior Pengarah Kanan Bebas Bukan Eksekutif whistleblowing4@mbsbbank.com

Perlindungan Untuk Pemberi Maklumat

Anda akan dilindungi daripada sebarang tindakan-balas daripada individu yang dituduh atau daripada tindakan buruk yang lain, dengan syarat bahawa pemberian maklumat telah dilakukan dengan niat yang suci (walaupun di dalam kes di mana anda benar-benar tidak pasti mengenai maklumat yang telah anda laporkan) dan sejauhmana yang dibenarkan oleh undang-undang.

Borang Pemberi Maklumat